Direktori Arahan

Panduan Arahan Bot & Web Chat

Semua arahan teks yang disokong oleh bot MyPeribadi untuk WhatsApp, Telegram, dan Web Chat.

Rekod Belanja Pantas

Tulis nama item diikuti dengan jumlah ringgit. Bot akan auto-padankan kategori.

nasi lemak 10

Pilih Dompet / Kad

Gunakan simbol '@' untuk menetapkan dompet tertentu (contoh: @maybank, @tng, @cash).

petrol 50 @tng

Rekod Duit Masuk / Gaji

Gunakan kata kunci 'gaji', 'masuk', atau '+' untuk menambah baki akaun.

gaji 4500

Semak Ringkasan & Baki

Menerima laporan perbelanjaan semasa, baki had bajet bulanan, dan status baki.

summary

Senarai Transaksi Hari Ini

Semak senarai rekod terkini yang dimasukkan hari ini untuk pengesahan.

list

Pautkan Lokasi GPS (@here)

Hantar location pin dalam WhatsApp/Telegram, kemudian rekod belanja dengan @here.

kopi 15 @here

Pinjam / Hutang (Lend/Owe)

Catat rekod pinjaman kepada kenalan dengan pantas untuk elak lupa.

pinjam Ali 50

Penggunaan Dalam Group (Prefix)

Dalam group yang dibenarkan, mulakan mesej dengan 'bd' agar bot memprosesnya.

bd makan malam 35

Panduan Sambungan

Cara Pautkan WhatsApp & Telegram

1

Buka Tab 'Sambung Akaun'

Log masuk ke portal web MyPeribadi di app.myperibadi.com dan buka menu Connector.

2

Imbas QR atau Tekan Link TG

Untuk WhatsApp, buka Linked Devices dan imbas kod QR. Untuk Telegram, klik butang Connect untuk memulakan bot rasmi.

3

Mula Chat dengan Diri Sendiri

Buka chat dengan nombor anda sendiri di WhatsApp atau chat bersama bot Telegram dan mulakan catatan perbelanjaan.

Arahan disalin ke papan klip!